Selamat datang ke www.exists.com.my
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Exists. Terima kasih kepada semua Waliwalak Exists yang sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan kami. Terima kasih juga kerana mengunjungi halaman web Exists..Undi Aku Denganmu di Hot FM Prelude
Waliwalak boleh membuat undian lagu terbaru Exists yang berjudul “Aku Denganmu” yang diambil dari album kompilasi Exists: “Keunggulan Exists” di Hot FM Prelude. Sila klik disini untuk mengundi “Aku Denganmu”. Sebelum mengundi, anda perlu mendaftar di web Hot FM.
Maklumat lanjut sila ke website Hot FM Prelude.
Terima Kasih
Forum Waliwalak Exists
Salam kepada semua Waliwalak Exists. Anda semua dijemput untuk sertai @ join Komuniti Forum Waliwalak Exists yang baru sahaja di “live” kan. Untuk sertai @ join Forum Waliwalak Exists anda perlu mendaftar dahulu. Caranya mudah, untuk pendaftaran klik pada menu Pendaftaran Waliwalak atau anda klik URL ini. Selesai sahaja membuat pendaftaran pegi pada menu “forum” & anda suda boleh membincangkan pelbagai topik-topik sama ada anda create topik baru ataupun anda join topik yang telah disediakan oleh Moderator Forum (Masy). Jadi, mari kita memeriahkan kembali Forum Waliwalak Exists~
Komen Dari Musa Exists
Komen Dari Musa Exists:
Salam…kepada semua. Dah lama rasanya tak tulis sesuatu di sini. Cuma nak ucap banyak terima kasih kepada webmaster dan waliwalak yang aktif menyuarakan rasa dan pandangan yang pastinya berbeza tapi di harap semua dapat beri ruang untuk exists terus melangkah dan bertahan di arena muzik ini. TQ
Saya amat mengambil berat tiap pandangan dari semua. Tetapi kadangkala tidak semua akan dapat untuk memenuhi setiap kemahuan yang anda ingini…
Saya akui yang setiap bekas penyanyi exists memang berbakat.
jangan anggap perubahan ini satu pengakhiran. Siapa tahu apa yang ada pada hari esok? Jodoh kembali bersama? Barangkali ada kolaborasi dalam muzik, adalah tidak mustahil.
Kembali tentang Joey pula…. Kami telah lama mengenalinya tapi baru jodoh untuk bersama. Untuk kami memilih Joey adalah satu perkara yang tidak mudah di lakukan. Ada banyak sudut yang kami perlu perhalusi malah Joey sendiri merasakan dia mengalas satu tanggungjawab yang besar untuk bersama exists. Kami telah ujibakat ramai orang baru dan lain lainnya. Kami rasa Joey ada Kelebihan dan kekurangannya juga tapi sebagai ahli kumpulan kami akan minimunkan tiap yang kurang itu agar kebagusan itu akan terserlah kelak. Setakat ini secara peribadi bagi saya : Joey sudah melakukan yang terbaik seperti apa yang saya harapkan dan saya harapkan dia akan terus memberikan apa yang setiap anggota exists mahukan.
Salam…. to webmaster, webdesigner dan mederator yang saya hormati… mohon agar di betulkan kesilapan yang berlaku apabila ada maklumat silap dari akhbar tempatan yang mengatakan Joey adalah bekas vokalis “budak kaca mata” SEBENARNYA LAPORAN INI ADALAH TIDAK TEPAT , JOEY HANYA MULAKAN KARIER SEBAGAI PENYANYI SOLO DI BAWAH NAUNGAN SYARIKAT LUNCAI EMAS SEBELUM INI , ALBUMNYA YANG TERDAHULU TELAH DI TERBITKAN OLEH SIFU / M NASIR. MANAKALA PENYANYI BUDAK KACA MATA PULA BERNAMA ZACK. JADI JOEY DAN BUDAK KACA MATA MEMANG TIADA KENA MENGENA DAN MEMANG TAK PERNAH TERKENA APA-APA PUN YER. MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBETULKAN INFO YANG SILAP ITU / RALAT: JOEY BUKAN BEKAS PENYANYI BUDAK KACA MATA WALAUPUN JOEY SUKA PAKAI KACA MATA NYA SENDIRI.
salam…. kebenaran & sebenarnya tentang Jebat Derhaka… Beliau adalah seorang yang saya kenali sebagai seorang yang tidak buyers dalam memberi pandangan dan komen kepada kami. Beliau adalah salah seorang fan yang menjadi rapat dengan kami melalui laman web exists. Berasal dari Melaka tapi belum dapat gelaran datuk macam shah rukh khan (shah jehan pun tak dapat lagi , sabar la jebat yer). Jebat adalah orang yang kami minta bantuannya juga untuk menjawab apa-apa soalan dari semua fan exists yang mana dia akan bertanya terus kepada kami (jebat, masy, darkz dan izwan ada direct xs kepada kami)sekiranya ada soalan yang tidak mampu untuk di jawap olehnya, jadi kalau masy kata jebat tu mikropon…. boleh di terima juga , kerana dia jadi mikropon yang pandai kerana dia tak akan bertindak secara memandai mandai hingga saat saya menulis ini. Tq jebat, masy, dan semua waliwalak yang saya sayangi.
Nantikan Album Kompilasi Terbaru Exists!
Assalamualaikum kepada semua Waliwalak. Nantikan album kompilasi bersama dua lagu baru yang akan berada di pasaran pada 18 Disember 2008 (Khamis). Album ini mengandungi 12 lagu dari awal kemunculan Exists. Dapatkan di pasaran & anda boleh dapatkan ringtone & download mp3 dari kulit album tersebut. Tunggu entri seterusnya untuk update mengenai Album Kompilasi Exists. Terima kasih















