Selamat datang ke www.exists.com.my
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Exists. Terima kasih kepada semua Waliwalak Exists yang sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan kami. Terima kasih juga kerana mengunjungi halaman web Exists..Joey penyanyi baru Exists
Joey penyanyi baru Exist

SEBELUM ini, terdapat khabar angin yang mengaitkan Exist berantakan. Vokalisnya, Ezad dikatakan membuat hal, malah ada juga anggota kumpulan itu tidak terkecuali punya ragam tersendiri.
Perihal si Ezad yang kononnya gemar mengambil undangan nyanyian tanpa pengetahuan Exist, malah ada ahli lain rakus melakukan tugasan luar untuk kepentingan peribadi, semua itu menjadi titik awalan pergolakan ini.
Kesempatan bertentangan mata dengan anggota Exist, Musa, semasa mengadakan fotografi untuk kulit album mereka berlangsung di Ada Studio, Bandar Sri Damansara, minggu lepas, menjawab lebih lanjut tentang cakap-cakap kurang enak ini.
Musa dalam nada tenang merungkai, barangkali Ezad kurang mengerti tentang konsep ’solo’ yang diterang dalam sebagai syarat Exist sebelum ini.
“Sama ada dia tak faham atau buat-buat tak faham tentang perkara ini. Kami berikan kebenaran jikalau dia (Ezad) ingin menonjolkan diri secara solo, walaupun masih bersama Exist.
(more…)
Joey vokalis baru Exists
Joey vokalis baru Exists
Oleh Rozdan Mazalan
rozdan@bharian.com.my
SEPANJANG 17 tahun berada dalam industri muzik, ternyata legasi kumpulan Exists terus utuh walaupun kerap kali dilanda pelbagai isu membabitkan anggotanya.
Bermula tahun 1991 Exists ditubuhkan, keluar masuk ahli dan penyanyinya sudah menjadi perkara biasa, namun mereka kekal diminati pengikutnya sehingga kini.
Sebenarnya sejak 2007 lagi, penyanyi utamanya Ezad sudah meninggalkan kumpulan ini dengan alasan ingin membawa haluan hidup sendiri bagi mencuba nasib sebagai penyanyi solo.
Lagu Baru Exists Bersama Vokalis Baru!
Salam kepada Waliwalak Exists. Dengarkan 2 lagu terbaru daripada Exists nyanyian vokalis terbaru Exists
Judul lagu tersebut ialah Cinta Terindah & Aku Denganmu. Sila Layari Official Myspace Exists : http://www.myspace.com/theofficialexists
The Official Exists MySpace.com
Salam Waliwalak Exists. Ini adalah URL RASMI Exists di laman web myspace.com: http://www.myspace.com/theofficialexists. Waliwalak yang mempunyai akaun di myspace.com bole add Exists.
Terima Kaseh ![]()
Tak berkualiti sangatkah lagu-lagu kita?
“Banyak lagu yang bagus-bagus sebenarnya cuma peluang untuk tersenarai di corong radio sahaja yang mungkin kurang. Exist misalnya, kalau didengar album terdahulu, muzik mereka advance.
Tapi lagu-lagu mereka kurang mendapat tempat. Mengapa? persoalan itu yang kita harus jawab. Sebab kita sendiri tak beri peluang kepada pendengar mendengarkan lagu-lagu mereka. Bila radio jarang siar, macam mana orang nak tahu?”
Dipetik dari Utusan Malaysia
Untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini.








